Pages

Iklan

ChatBox

Saturday 28 July 2012

Rinduku pada teman

Asalamualaikum semua,hari ni aku nk kongsi sedikit cerita aku time belajar dekat TATI,tati ni letak di Kemaman Terengganu,jadi aku nak cerita waktu aku mula-mula sampai tu,xda benda laen dah dalam kepala otak aku ni..awek-awek tu je yang aku taw..xdalah nk ingat pasal
belajar macamana suasana tempat baru tu macamana..Selepas aku daftar aku xtaw plak aku ditempatkan diluar dari kawasan belajar dia panggil hotel tati,bukan asrama tati..Kemudian aku dapatlah seorang patner bilik aku ni nama dia Nuar..

Ini tuan dia sebelah kanan aku..

Tetapi dia belajar dalam bidang CISCO,manakala aku pulak Kimia.Lepas tu aku dapat lagi 2 orang kawan nama Efi dan Hanif
Yang depan Nuar,Hanif yang depan aku plak Efi

Jadi bila nak ke kelas kami berempat selalu bersama-sama,tapi mula-mula nak ke kelas sakit sikit sebab jarak ke kelas jauh lepas tu berjalan kaki,maklumlah baru sampai so motorsikal belom bawak lagi.Seminggu lepas tu Hanif dengan Efi bawak motorsikal masing-masing cuma aku je tak bawak.,orang miskin katakan.Tapi Nuar dia ada kereta so macam nak pergi bandar atau Kuantan naik kereta dia.Jadi Hanif dengan aku satu bidang manakala Efi dengan Nuar satu bidang.Lama kelamaan Hanif dapat lah makwe sorang dekat sana nama Ecah

Inilah dia ecah gambar ni diambil sewaktu kami di kelantan

Selepas tu kite orang kenal lah lagi beberapa orang kawan perempuan yang lain macam Zie,Efa,Ros.nilah kawan perempuan yang kite orang rapat.Jadi Efi ni terkenang dekat Efa so bercintalah dieorang tetapi yang aku nak gelak dia orang bercinta ibarat cinta kontrak sekejap putus sekejap baik,aku pun hairan..Tak lama kemudian Ecah ni kenalkan aku dengan adik dia yang nama Ain,tapi tak lama pun putus jugak.hahaha yang paling lama sikit Hanif lah,pun tetap kecundang ahkirnya..haha masing-masing sekejap je..Nuar pulak jatuh cinta dekat anak pak guard tati ni nama dia Dayah ni.Selepas tu Nuar ni macam dah lupe kite orang yelahkan  dah berpunya katakan.So tetap putus juga..Sedap-sedap bercakap aku terlupa seorang kawan lagi iaitu Yoe.

Yoe yang belakang si Hanif tu..

Jadi kami berlimalah selalu kemana-mana susah senang bersama,sehingga tidak makan apa-apa sampailah aku bergadai telefon aku untuk beli makanan.Tapi aku tak kisah sebab sama-sama susah sama-sama senang.Waktu aku dikelas kimia aku paling suka dalam pelajaran membuat manbren

Inilah lab kami dan sewaktu membuat manbren dan baju kemaja putih cikgu aku

Kelas ni banyak prtikal dari teori so aku paling suka,kalau teori aku tak berapa sangat sebab kita belajar mengadap papan hitam.Dan ini dia kawan-kawan aku yang lain.

Muka-muka tak hensem pun masuk.haha

Tapi sekarang dimana lah dieorang ni kan,huhu semua dah bawak haluan masing-masing.Kemudian kami semua dah hampir dengan penhujung pelajaran masing-masing tak sabar nak keluar dari sini.Al maklumlah dekat sini macam-macam kesusahan kite orang dapat,sehingga lah terpaksa makan mangga muda untuk halas kan perut ni..

Sebulan kemudian kami semua pun berpisah kerana tamatnya sudah pengajian kami disini apapun aku memang rindu dengan korang maklumlah tidak dapat gaduh,bergurau makan sama-sama.Semoga satu hari nanti kite semua ketemui lagi..

0 comments:

Post a Comment

Facebook Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites