Pages

Iklan

ChatBox

Thursday 9 August 2012

Aku tidak mempunyai siapa-siapa



Dalam dunia ini,aku merasakkan sunyi,walaupun aku mempunyai mak dan adik beradik juga teman istimewa ku.Aku tahu mereka ada disekeliling aku,tapi aku tak merasa apa-apa.Dari kecil aku hidup merantau dan aku tidak pernah berada begitu lama dirumah aku,dan aku tidak pernah merasa kebahagian seperti orang lain.Sejak kecil aku ditinggalkan oleh ayah aku,ayah aku pergi meninggalkan keluarga tanpa kasihani ibuku yang sedang mengandung adik bongsuku,dalam keadaan kemiskinan mak aku terus membesarkan kami sekeluarga sehinggalah terpaksa menjual.
Sampailah rumah ku hampir-hampir terbakar kerana mak ku terlalu penat,waktu itu mak aku hanya menggunakkan dapur kayu sebagai tempat memasak,dan kami sekeluarga selalu menemani mak memasak didapur.Sewaktu itu aku masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi yang aku tahu hanyalah tidur bersama ayah aku.Aku selalu diejek oleh saudara mara aku,selalu membuat aku teringat ayah aku,walaupun mereka tahu ayah aku tidak akan pulang lagi,aku amat terasa.Tah mana silap keluarga aku,sehingga ayah aku sanggup ceraikan ibuku.Aku selalu mimpikan ayah aku dapat bersama dengan keluarga balik.Setiap hari bila bangun tidur aku akan memanggil ayah aku selalu,bila dipanggil ayah aku tidak bersuara aku akan menangis sehingga mataku bengkak.Mak akulah yang aku cuba memujuk aku sambil mak aku menangis menlihat aku.Selepas itu aku mula menjadi nakal dan sukar untuk ditegur,selepas itu mak aku berkahwin dengan arwah ayah tiri aku.Dan aku ditinggalkan oleh mak dikampung,waktu itu adik bongsuku telah diserahkan kepada mak saudara aku dibandar.Mak aku turut berpindah kebandar bersama adik keempat aku.Aku adalah anak ke 3 dan mempunyai 5 adik beradik kesemuanya.Selepas itu aku ditinggalkan bersama kakak aku dikampung,waktu itu kakak aku sudah pun berkahwin,jadi aku turut bersama kakak aku dikampung.Aku pula menjadi seperti budak suruhan kakak aku pergi untuk membeli dan menolong dia.Waktu sekolah orang menaiki basikal ataupun dihantar dengan motorsikal oleh keluarga masing-masing tetapi aku,hanya berjalan kaki dengan beg yang berat.Satu hari waktu darjah 6 sekolah mengadakan program bersama keluarga dan malam bersama keluarga.Tetapi aku,bila cikgu bertanyakan aku,Amrol dimana ibu bapa kamu mereka tidak datang ke?tiba-tiba air mata aku mengalir tanpa diduga,aku tidak dapat tahan merasa kesedihan itu,hanya tuhan sahaja yang tahu akan perasaan aku.Aku menlihat rakan-rakan aku semua bersama keluarga kecuali aku seorang,hanya bertemankan kakak.Selepas itu aku cuba belajar berdikari seorang,tanpa menyusahkan sesiapa-siapa,aku mula berlajar ikut gerak hati aku sendiri dan tidak akan dengar kata-kata sesiapa pun.Aku makin hari makin nakal,makin hari makin tidak dengar apa yang orang nasihati aku.Aku menjadi budak keras kepala,disebabkan tekanan hidup aku,sampailah aku mula berlajar untuk merantau seorang diri.Walaupun aku tahu kehidupan diluar agar suka dan mencabar tetapi aku suka dan menpelajari sesuatu yang baru,walaupun aku terpaksa mengikat perut menahan lapar sekali pun.Bersambung.......

0 comments:

Post a Comment

Facebook Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites